Baru-baru ini di negara jiran, Thailand telah viral mengenai seorang pelanggan restoran makanan segera terkenal, McDonald telah menemui cebisan kaki lipas di dalam secawan kopi yang dipesannya ketika di restoran tersebut.

Pelanggan tersebut, Nostalgic Eik telah memuat naik gambar kopi tersebut di akaun Facebooknya dan mendakwa terdapat cebisan kaki lipas di dalam minuman panas itu.

BACA: Sefarra Tiru Sephora?

Menyangka kaki lipas tersebut telah berada di dalam cawan sebelum kopi dituang membuatkan Erik meminta kopi yang lain dan lebih mengejutkan lebih banyak kaki lipas ditemui dalam cwan yang lain.

Dia yang berasa kecewa telah membuat aduan di Facebook rasmi McDonald Thailand dan aduannya itu mendapat perhatian ramai orang dan pelbagai reaksi.

Oleh kerana itu McDonald Thailand telah mengeluarkan satu surat pemohonan maaf berkenaan kejadian itu dan juga melakukan operasi pembersihan di cawangan restoran tersebut.

Manakala mesin kopi tersebut telah dikeluarkan dari cawangan tersebut bagi memeriksa dengan lebih terperinci bagaimana kotoran seperti kaki lipas itu boleh ada dalam mesin kopi itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram