Dalam pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu, kerajaan memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji berjadual dengan ia hanya diguna pakai untuk peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Dalam pada itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mendedahkan, ramai yang memohon rayuan pengangguhan bayaran balik pinjaman dengan alasan mereka membeli kereta baharu.

BACA: Sekatan PTPTN Ke Luar Negara Ditarik Serta Merta

Ujarnya, alasan itu tidak munasabah kerana jika peminjam mampu membayar ansuran bulanan kereta, maka mereka juga mampu bayar untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN, dimana ada diantara mereka hanya perlu membayar serendah RM90 sebulan.

Wan Saiful berkata lagi, melihat pada situasi tersebut ia menunjukkan satu budaya masyarakat yang mementingkan diri sendiri apabila mereka lebih mengutamakan kereta baharu daripada hutang PTPTN yang digunakan oleh mereka.

“Rayuan ini banyak tapi kadang-kadang saya tengok, yerlah kalau rayuan itu (seperti) tak mampu bayar lagi sebab tak kerja, ibu bapa sakit, itu kita boleh fikirlah. Tetapi kalau sekiranya mohon rayuan penangguhan sebab nak beli kereta untuk kerja, agak tak adillah sekiranya mohon penangguhan daripada PTPTN.

“Kalau boleh buat macam itu, sepatutnya bolehlah bayar PTPTN. Kadang-kadang (peminjam yang) minta penangguhan bayar (PTPTN) RM90 sebulan, kereta itu bayar RM600 boleh.

“Ini isu sikap. Prioritinya di mana…realitinya dia (peminjam) dah ambil (pinjaman PTPTN), dan guna belanja duit PTPTN itu, dapat dah faedah, sepatutnya kena lunas balik pinjaman supaya orang lain boleh dapat pinjaman itu,” katanya kepada Kosmo!

Sementara itu, Wan Saiful berkata peminjam PTPTN dengan gaji RM1,000 ke atas dan menghadapi masalah kewangan untuk membuat pembayaran balik secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus boleh mengemukakan rayuan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥