Kanak-Kanak Istimewa Kongsi Cara Mudah ‘Goreng’ Keropok Ikan Guna Microwave
Zaman sekarang ini pelbagai cara boleh digunakan untuk memudahkan lagi kerja di dapur. Malah, sebenarnya ada cara mudah untuk menggoreng tanpa perlu menggunakan minyak dan tak perlu berpeluh-peluh di dapur untuk menunggu.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak istimewa ‘menggoreng’ keropok ikan dengan cara kreatif iaitu menggunakan microwave sahaja.
BACA: Ditegur Habiskan Keropok Lekor, Lelaki Ugut Bunuh Bapa
Menurut seorang gadis yang merupakan kakak kepada kanak-kanak tersebut memberitahu perkara itu terjadi secara spontan apabila dia dan adiknya mahu menggoreng keropok di dapur.
Adik aku ni istimewa and dia pi masak keropok dalam microwave ππ Aku ckplah kena masak ngan minyak and dia ckp dia takut tk pndai and aku try sumpah sedap!! Lagi sedap dri masak ngn minyak!! I swear!! Lpas ni mmg aku masak guna microwave la pic.twitter.com/QaNuHPnKEh
— Bul πΈπΈ (@lisaa_aa98) September 2, 2019
Perkongsiannya itu membuatkan netizen teruja kerana keropok ikan itu dimasak hanya menggunakan microwave selama 2 minit dan tidak perlukan minyak.
Malah, ramai yang berterima kasih kenapa kanak-kanak istimewa itu kerana dengan cara tersebut sekaligus boleh menjimatkan minyak serta memuji kreativiti kanak-kanak tersebut yang sememangnya luar biasa.
Jangan lupa untuk ikuti kami diΒ FacebookΒ danΒ Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Lisaa