Zaman sekarang ini pelbagai cara boleh digunakan untuk memudahkan lagi kerja di dapur. Malah, sebenarnya ada cara mudah untuk menggoreng tanpa perlu menggunakan minyak dan tak perlu berpeluh-peluh di dapur untuk menunggu.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak istimewa ‘menggoreng’ keropok ikan dengan cara kreatif iaitu menggunakan microwave sahaja.

BACA: Ditegur Habiskan Keropok Lekor, Lelaki Ugut Bunuh Bapa

Menurut seorang gadis yang merupakan kakak kepada kanak-kanak tersebut memberitahu perkara itu terjadi secara spontan apabila dia dan adiknya mahu menggoreng keropok di dapur.

Perkongsiannya itu membuatkan netizen teruja kerana keropok ikan itu dimasak hanya menggunakan microwave selama 2 minit dan tidak perlukan minyak.

Malah, ramai yang berterima kasih kenapa kanak-kanak istimewa itu kerana dengan cara tersebut sekaligus boleh menjimatkan minyak serta memuji kreativiti kanak-kanak tersebut yang sememangnya luar biasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami diΒ FacebookΒ danΒ Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?