Kari Laksa KL Tersenarai Makanan Nombor 2 Terbaik Dunia
Malaysia kaya dengan perlbagai makanan dan hidangan dari pelbagai negeri dan bangsa. Kesedapan makanan di Malaysia sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Baru-baru ini laman web Lonely Planet iaitu salah satu platform rujukan untuk kaki travel dari seluruh dunia menyenaraikan 500 makanan terbaik dari seluruh dunia.
BACA: Restoran RM1 Masih Wujud Di Malaysia
Apa yang menarik ialah hidangan dari Malaysia tersenarai di antara 5 makanan teratas senarai tersebut. Tangga pertama dimenangi oleh makanan dari San Sebastian, Sepanyol iaitu Pinxtos, manakala Kari Laksa Kuala Lumpur tersenarai makanan nombor dua terbaik dunia.
Dalam 500 makanan terbaik dunia itu, terdapat 10 makanan Malaysia yang lain turut berada dalam senarai tersebut.
- Ikan bakar (#60)
- Asam Laksa Penang (#123)
- Rendang Daging (#268)
- Mi Wantan (#299)
- Roti Bakar Kaya (#352)
- Roti Canai (#404)
- Char Kway Teow (#432)
- Durian (#445)
- Mi Hokkien (#464)
- Bak Kut Teh (#468)
Keunikan rasa hidangan tradisi Malaysia itu berjaya menewaskan hidangan Sushi dari Jepun, seterusnya hidangan daging bakar dari Texas yang menduduki tangga keempat dan diikuti tangga kelima oleh Som Tum dari negara jiran, Bangkok.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- The Vocket