Kebab Terbang Hingga Ke Angkasa?
Kebab merupakan hidangan yang tidak asing lagi di negara kita. Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia menggemari makanan Arab dan semakin banyak restoran Arab dibuka di sini.
Terbaru, seorang ahli perniagaan dan juga pemilik restoran kebab di Zurich, Switzerland melancarkan kebab pertama di angkasa lepas sempena pembukaan restorannya di sana.
BACA: KFC ’Terbangkan” Burger Di Angkasa?
Pemilik restoran, Pascal Leuthold, memberitahu dia menggunakan belon udara untuk menerbangkan kebab setinggi 37,795 meter ke udara.
Menurutnya, ia merupakan simbolik kepada pelancaran pembukaan restorannya yang berkonsepkan angkasa lepas.
“Kami berpendapat apakah cara yang lebih baik untuk mengumumkan restoran baru kami kepada seluruh dunia dengan menghantar satu hidangan utama kami ke angkasa,” jelasnya yang tak sangka kebab itu kembali dalam keadaan keras dan beku.
Malah, pelancaran kebab ke angkasa lepas hingga ke lapisan stratosfera turut disaksikan oleh sebilangan penonton dan kemudiannya mereka menyaksikan kebab itu kembali ke bumi dua jam selepas dilancarkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
China Ingin Tanam Kentang Di Bulan
Malaysia Bakal Dihujani Hujan Meteor
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka
- SUMBER
- HARIAN METRO