Jatuh cinta dan putus cinta adat dalam kehidupan. Namun, siapa yang inginkan cinta yang dibina putus di tengah jalan. Memang perit bila putus cinta.

Namun bagi wanita ini, Barbarella Buchner, jodohnya kini bukan dengan manusia. Kini Barbarella bahagia setelah berkahwin dengan dua ekor kucingnya, Spider dan Lugosi yang dipeliharanya sejak 12 tahun lalu. Kucing? Ya, kahwin dengan kucing.

BACA: Wanita Ini Mahu Kahwin Dengan Lampu?

Kisah cintanya sebelum ini memang perit. Wanita ini pernah bercinta selama 7 tahun dan dikecewakan. Selepas itu Barbarella tidak mahu lagi membuka hatinya untuk orang lain.

Barbarella mengambil keputusan untuk berkahwin dengan 2 ekor kucing kesayangannya dalam satu upacara kecil secara atas talian.

Majlis perkahwinan itu berlangsung dalam sebuah laman web ‘MarryYourPer.com’ selepas membayar £20 (RM120) dan menekan butang ‘I Do’.

Sebelum perkahwinan berlangsung, bakal pengantin perlu mematuhi garis panduan yang wajib dipatuhi seperti tidak menganaiya haiwan kesayangan itu dalam apa jua cara.

Barbarella yang merupakan seorang pereka laman web memberitahu, kucingnya itu membantunya untuk kembali menjalani kehidupan gembira selepas berpisah dengan kekasihnya.

Tambahnya, jika kucingnya mati dia tidak akan mengahwini dengan kucing yang lain. Walaupun ada lelaki yang datang untuk bersama dengannya, dia akan berterus terang untuk katakan bahawa dia sudah pun berkahwin dengan kucing.

Nasib baik la kahwin dengan kucing. Kalau tiba-tiba nak kahwin dengan ular ke harimau ke. Berani ke nak kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN:
Inilah Lelaki Paling Dahaga Di Dunia
Muntah Paus Buat Lelaki Ini Jutawan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pencarian Masak Lemak Salai Di Nismilan (Negeri Sembilan)