Dah jual makanan murah, tapi tetap kena pecah masuk. Itulah yang terjadi kepada pemilik kedai makan kerana kedai makan RM1 di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak miliknya dipecah masuk tiga kali dalam tempoh tiga bulan dan yang terbaru berlaku pada pukul tiga pagi kelmarin.

BACA: Curi Speaker Masjid, Lelaki Kena Bakar Sampai Mati

Pemilik kedai makan RM1, Shaiful Amir Mohd Yusof, 38 tahun, memberitahu bahawa dia menanggung kerugian hampir RM2,000 akibat kes pecah masuk semalam.

Menurutnya, dia menyedari kedainya dipecah masuk semasa dia hendak berniaga dan ada kesan umpilan di bahagian pintu belakang kedai tersebut.

“Bila dibuka, saya baru menyedari selak kunci mangga tambahan di bahagian belakang pintu itu sudah dipecahkan pencuri, dipercayai menggunakan peralatan kuku kambing,” jelasnya.

“Akibatnya, sebahagian besar peralatan dapur seperti periuk jenama Noxxa, alat pengisar, radio, dapur gas dan sebagainya sudah lesap diambil pencuri terbabit, sekaligus menyebabkan saya rugi hampir RM2,000,” tambahnya.

Sebelum ini, dia telah memasang beberapa kunci tambahan ekoran kes pecah masuk terdahulu namun pencuri masih lagi mahu memecah masuk kedainya itu.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku berikutan premis itu tiada orang dan semoga Shaiful tabah menghadapi dugaan ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh
Hentak Kepala Cikgu Kerana Mencuri

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni