Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali Hari Raya tuan rumah akan berikan duit raya kepada kanak-kanak yang datang beraya. Kadang-kadang RM1 paling banyak selalunya RM3.

Baru-baru ini, satu perkongsian di Facebook mendapat perhatian netizen apabila seorang lelaki meluahkan rasa tidak hati selepas anaknya diberi duit raya sedikit sahaja ketike berkunjung ke rumah saudara mara.

BACA: Berlakon Mengaji, Tangan Ligat Curi Duit Masjid

Menerusi posting tersebut, anaknya hanya diberikan duit raya sebanyak RM3 saja. Lelaki itu juga turut mengatakan ada lagi orang zaman sekarang memberikan duit raya sebanyak itu sama seperti ketika zaman 90-an.

Posting itu tersebar di media sosial dan rata-rata netizen tidak berpuas hati dan menuduh lelaki itu tidak reti bersyukur. Menurut mereka, duit raya adalah satu sedekah dan diberikan mengikut kemampuan.

Jangan ajar anak sambut raya untuk kutip duit raya

Tidak kurang juga ada yang menyindir lelaki tersebut dengan mengatakan sama ada anaknya yang nakkan duit raya atau bapanya yang mahukan duit raya sebenarnya.

Ni mesti jenis rembat duit raya anak

Sepatutnya Hari Raya ini diraikan sempena hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Bukan semata-mata nak kutip duit raya. Ramai budak-budak sekarang hanya tahu nak kutip duit raya tapi hubungan sesama saudara semakin dilupakan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Uncle Tetsu Coconut Pandan?