Jika anda menjumpai sebiji kek berusia ratusan tahun yang kelihatan masih elok, adakah anda akan cuba untuk memakannya? Persoalan ini bermain di fikiran pakar pemuliharaan yang menjumpai sebiji kek buah-buahan namun tiada siapa yang berani mencuba untuk memakannya.

BACA: Abang Bomba Punya Puding Karamel Laris!

Sumber dari nzaht.org

Kek tersebut merupakan kek keluaran Huntley and Palmers dan ia kelihatan berada dalam keadaan elok dibalut dengan kertas, lapor Antarctic Heritage Trust.

Malah, ia lebih elok berbanding bungkusan luar yang kelihatan teruk dan usang. Kek itu dikatakan dibawa oleh seorang penjelajah berasal dari Britain, Robert Falcon Scott.

Scott dipercayai menuju ke Kutub Selatan dan berjaya ke sana dalam Ekspedisi Terra Nova bersama empat rakannya yang lain pada tahun 1910 hingga 1913. Malangnya, mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang.

Sumber dari nzaht.org

“Dengan hanya dua minggu sahaja lagi untuk pemuliharaan artifak Cape Adare, penemuan kek buah yang masih elok bersama beberapa barangan dan tin yang terhakis dengan teruk, adalah sangat mengejutkan,” ujar pengurus program cawangan New Zealand, Lizzie Meek.

“Ia adalah makanan bertenaga tinggi yang sesuai untuk dibawa ke kawasan sejuk seperti Antartika.” tambahnya lagi.

Walaupun pihak Antarctic Heritage Trust melakukan proses pemuliharaan terhadap tin pembungkusan kek itu, namun kek itu masih berada dalam keadaan elok.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gila, Tak Sampai RM50 Pun Boleh Makan Kat Me’nate!!!!