Tak dinafikan rakyat Malaysia sememangnya kreatif. Ada yang menggunakan kreativiti di tempat yang betul dan ada yang tidak.

Pernahkah anda lihat kek kahwin soto? Ha inilah dia sentuhan kreatif oleh seorang wanita yang berbakat dalam membuat kek soto itu.

BACA: Tipu Kata Suami Dah Mati

Nor Fariza Basar, 34 tahun, berkata idea kek soto itu datang daripada pengantin itu yang mahu konsep ala kampung dan dia cuma merealisasikannya seperti yang diminta.

“Dia mahukan sesuatu yang ringkas tetapi persembahan yang luar biasa. Tidak sangka pula akan tular,” ujarnya yang berasal dari Rengit, Johor.

Menurutnya, berat kek itu adalah 10 kilogram dihiasi dengan daun sup, cebisan ayam, bawang goreng dan kacang tetapi sup dan sambal kicap diletak secara berasingan manakala harga untuk kek itu ialah RM150.

Fariza juga telah meninggalkan dunia pembinaan empat tahun lalu dan kini dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada bidang masakan pula.

Sumber dari Fb Fariza Basar

Tambahnya, pengalaman dalam industri pembinaan membantu dia dalam menghasilkan kek terutama untuk mengukuhkan struktur kek agar kukuh dan stabil.

Sumber dari Fb Fariza Basar

Selain soto, Fariza juga menerima tempahan pulut kuning untuk dijadikan hantaran dan pelbagai majlis lain.

Buat bakal raja sehari, anda dah boleh pilih jenis kek apa yang anda mahu memandangkan kini sudah banyak pilihan kek unik dan sedap serta sesuai dijadikan kek kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN:
Resepi Kek Batik Jejari Anda Harus Cuba
Mudahnya Buat Kek Milo Ni!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Terjah Port Dickson