Baru-baru ini viral di media sosial mengenai penahanan seorang remaja autistik atas kesalahan tersentuh buah dada seorang wanita. Kes ini mendapat perhatian netizen yang mengecam mangsa kerana tidak prihatin dengan keadaan pelaku yang menghidap autisme.

Bagaimanapun, ibu mangsa meluahkan rasa kecewa apabila keluarganya dikecam selepas membuat laporan polis. Wanita yang dikenali sebagai Nur berkata, kejadian itu telah dimanipalasi sesetengah pihak sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

BACA: Lelaki Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Wanita?

“Kami hanya tahu suspek menghidap autisme ketika tiba di balai polis, namun ahli keluarganya terus menerus mengecam kononnya kami tidak prihatin dengan nasib anak mereka yang menghidap penyakit tersebut.

“Kami faham keadaan suspek, tapi apa yang berlaku bukanlah sesuatu mudah untuk diterima, ibu bapa tersebut biarkan anak mereka berkeliaran tanpa pengawasan,” katanya kepada Utusan Online.

Katanya lagi, selepas kejadian tersebut mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keadaan trauma dan tidak ceria lagi seperti dahulu.

Dalam pada itu, pihak polis berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 22 tahun itu dilakukan mengikut prosedur biasa polis bagi tujuan siasatan serta keadilan kepada kedua-dua pihak.

Apa pun netizen janganlah membuat spekulasi sendiri mengenai kes tersebut dan lebih baik kita biarkan pihak polis melakukan tugas mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba?
Edar Kondom Percuma Galakkan Seks Bebas?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pekena ROti Celaru & Mancing Tepi BEndang