Cuaca mendung-mendung begini, memang sedap kalau dapat jamah kudap-kudapan petang. Antara yang menjadi kegemaran ramai sudah tentulah jemput pisang atau cekodok pisang.

Resepi ini sangat mudah dan paling penting kos untuk membuatnya juga murah serta sesuai untuk keluarga besar. Walaupun hidangan ini sangat ringkas tetapi penuh dengan kasih sayang kerana membuatkan kita teringat zaman kanak-kanak dan rindu dengan air tangan ibu.

BACA: Ini Rahsia Hasilkan Goreng Celup Tepung ‘Krup Krap’

Apa yang istimewa tentang resepi ini adalah menggunakan planta atau mentega untuk mendapatkan cekodok pisang yang rangup diluar dan gebu di dalam.

Bahan-bahan:

4-5 biji pisang

1/2 cawan tepung gandum

2 sudu Planta atau mentega

3-4 sudu gula pasir

secubit garam

*masukkan soda bikarbonat atau serbuk penaik jika mahu (resepi ini tidak menggunakan serbuk penaik)

Cara membuatnya:

1. Lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu. Ini kerana supaya apabila menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.

2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api dalam keadaan sederhana.

3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas bersama kopi ‘o. Memang terangkat!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar