Nampaknya ini sememangnya berita baik buat pekerja sektor swasta dimana Kementerian Sumber Manusia mencadangkan jumlah cuti bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari.

Buat masa ini majikan hanya ‘digalakkan’ untuk mengikuti pengumuman Bajet 2018 untuk menaikkan cuti bersalin bagi sektor swasta kepada 90 hari.

BACA: CIMB Umum Cuti Bersalin 6 Bulan, Bapa Diberi Cuti Sebulan

Merujuk kepada 38 hari tambahan cuti bersalin, majikan akan menanggung kos elaun bersalin selama 19 hari manakala baki 19 hari adalah cuti tanpa gaji.

Untuk pengetahuan anda, dalam sektor perkhidmatan awam, pekerja wanita layak mendapat 90 hari cuti bersalin.

“Salah satu langkah penting yang diambil oleh kementerian untuk meneliti cadangan pembaharuan adalah meningkatkan jumlah cuti bersalin dari 60 kepada 98 hari, bersamaan dengan 14 minggu, di bawah Akta Kerja,” menurut kementerian itu.

“Selain itu, turut dicadangkan adalah majikan tidak boleh menamatkan khidmat pekerja yang hamil melainkan majikan dapat membuktikan bahawa penamatan khidmat tersebut bukan disebabkan kehamilan,” katanya.

Cadangan pindaan kepada undang-undang mesti terlebih dahulu diserahkan untuk kelulusan Kabinet dan buat masa ini belum ada tarikh yang diberikan untuk Kabinet memutuskan perkara tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱