Selalunya apabila seseorang itu dibuang kerja, ianya setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan namun dalam satu kes di London, seorang pelayan wanita di sebuah kelab ekslusif dibuang kerja gara-gara cuba untuk membawa pulang makanan tengah harinya.

BACA: Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai

Silvia Mecato dipecat atas tuduhan mencuri meskipun ia adalah makanan percuma disediakan majikan di Oxford & Cambridge Club untuk para pekerja.

Jelas wanita berusia 43 tahun itu, dia tidak sempat menjamah makanan tersebut kerana terlalu sibuk bekerja sebelum bertindak membalut lasagna itu dengan balutan keranjang timah apabila mahu pulang.

Bagaimanapun, majikan di kelab tersebut menyelongkar tas tangan wanita Silvia lalu terjumpa lasagna tersebut.

Silvia yang ditawarkan kontrak zero hours — kontrak tanpa had minimum dan maksimum jam berkerja — selama tiga tahun memohon agar keputusan dipecat itu ditarik balik.

Dia menjelaskan setiap pekerja diberi makan pada waktu tertentu tetapi dia tidak mempunyai masa untuk menjamah makanan tersebut kerana terpaksa bekerja dua syif.

Enggan membiarkan lasagna tersebut dibuang begitu sahaja, wanita berasal dari Itali itu cuba membawa pulang makanan tersebut.

Difahamkan, kelab itu memberi alasan Silvia tidak mendapatkan kebenaran daripada chef mahupun pengurus untuk membawa pulang makanan tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nyaris Kena Halau Di Tsukiji Market?