Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukan sesuatu yang mudah seperti yang disangka, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Malah, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk hasil yang cepat.

Namun, ramai juga mereka diluar sana yang mencari motivasi untuk menurunkan berat badan dan akhirnya berjaya.

BACA: Setiap Hari Menari Kpop, Berjaya Turun 38 Kg Dalam 7 Bulan

Sama seperti pemuda ini Afiq Azlan yang nekad menurunkan berat badan selepas ditolak dalam sesi temuduga dari salah sebuah badan kerajaan kerana masalah kesihatannya.

Dalam masa empat bulan sahaja, Afiq berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19kg dengan mengamalkan diet kalori.

Direject interview kerja & mahu nampak lebih menarik

Menurut Afiq, dia mahu menurunkan berat badan apabila dia pernah ditolak temuduga kerja berikutan  tekanan darahnya yang tinggi dan melebihi had normal.

Katanya lagi, dia mahu menurunkan berat badan kerana mahu nampak lebih menarik dan keinginan memakai pakaian bersaiz lebih kecil.

TIADA nasi & minuman manis

Berat asalnya adalah 90kg dan Afiq menyasarkan berat badan turun ke 66kg. Katanya lagi, dalam masa sebulan dia berjaya turun sebanyak 6.8kg. Menurutnya lagi, dia tidak mengambil nasi dan minuman manis serta melakukan senaman dengan berjalan 10,000 langkah setiap hari.

Zaman sebelum diet

Air kosong 3 liter sehari

Amalkan diet kalori

Menurut Afiq, dia mengamalkan diet mengikut kalori dengan mengira jumlah kalori yang diambil setiap hari. Afiq turut berkongsikan aplikasi yang digunakan untuk mengira kalori harian.

Berjalan atau berlari 10,000 langkah sehari

Setiap hari Afiq akan pastikan dia melakukan 10,000 langkah sehari sama ada berjalan atau berlari perlahan. Namun, Afiq memberitahu dia tidak melakukannya setiap hari mengikut pada kerajinan. Selain itu, Afiq turut melakukan senaman lain.

Kerap timbang berat badan

Selalunya orang cakap jangan timbang berat badan selalu kerana ia boleh membuatkan kita kecewa dan tidak bersemangat. Namun, berbeza bagi Afiq yang akan menimbang berat badan hampir setiap hari.

Tak amalkan cheat day

Dari 90kg sekarang 71kg

Diharap apa yang dikongsikan oleh pemuda ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kurus, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?