Siapa yang tak teruja bila dapat bertentang mata dengan bintang antarabangsa bukan? Perasaan teramat gembira yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana ia umpama mimpi jadi kenyataan dapat berjumpa dan mengambil gambar dengan seorang lagenda bola sepak Manchester United, David Beckham.

BACA: “Ini Kalau Tak Edit, Mesti Bayar Punya Ni”

Walaupun dalam keadaan teruja, seorang gadis muda bertudung hijau tetap menjaga batasnya apabila menolak untuk bersalaman dengan bintang bola sepak itu ketika di sebuah majlis bertempat di pusat membeli-belah Pavilion, Bukit Bintang.

Gadis memakai baju hitam lengan panjang itu dengan tenang menolak peluang bersalaman dengan David Beckham di atas pentas. Bagus betul iman gadis ni tak goyah walaupun David Beckham depan mata.

Sumber dari gazettereview.com

Berikutan itu, Beckham turut mengangguk tanda memahami dan bersikap profesional dengan menghormati keputusan gadis itu sambil tersenyum manis.

Malah, tindakan gadis tersebut dipuji orang ramai yang menonton video itu kerana berjaya menjaga batas pergaulan sebagai seorang wanita muslimah. Kudos!

Beckham berada di Malaysia untuk program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival yang bertempat di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:
“Abah & Adik Happy Birthday Bagi Yang Cucuk Je”
Kematian Adik Thaqif Berpunca Dari Kencing Tikus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah