Lumrah kanak-kanak apabila mereka suka mainan seperti pistol mainan untuk bermain bersama rakan-rakan. Tetapi, pistol mainan zaman sekarang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak kalau tidak dipantau.

Seorang guru sekolah di Gombak bertindak beli semua pistol mainan dari penjaja yang menjual di luar pagar sekolah.

BACA: Kisah Baju Sekolah & UPSR Yang Menyentuh Hati

Guru disiplin Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Kuala Lumpur, Mohd Fadli Salleh, 34 tahun berkata, dia beli semua pistol mainan berisi air minuman tersebut kerana sayangkan murid-muridnya.

Dipetik dari akaun Facebook miliknya, beberapa tahun lepas terdapat satu insiden berlaku di mana seorang muridnya koma beberapa hari selepas minum air minuman jenis spray dalam mulut.

Sumber dari Fb Mohd Fadli Salleh

Oleh itu, Fadli mengambil keputusan untuk menghalang kejadian itu berlaku lagi dengan memborong semua air minuman pistol mainan di luar sekolah supaya pelajar-pelajar sekolah tak dapat membelinya.

“Air itu amat saya ragui dalam banyak perkara… pertama sekali banyak sangat bahan kimia. Lepas tu logo halal dia memang ‘cap ayamlah’. Halal betul atau haram entahlah tapi saya syak logo tipu,” katanya.

Sumber dari Fb Mohd Fadli Salleh

Menurutnya, besi dalam pistol mainan itu merisaukan dirinya kerana ia akan berkarat bila dicampur air minuman dalam mainan berkenaan.

Fadli menghabiskan kira-kira RM6.50 kerana memborong alat mainan itu demi sayangkan anak muridnya. Bukan semua cikgu dapat buat seperti dia yang memikirkan pelbagai cara untuk selamatkan anak murid daripada bahaya.

Dia beli alat mainan itu kerana faham akan peniaga luar sekolah juga bukan orang senang dan dia tak mahu mengganggu ‘periuk nasi’ orang lain kerana isu ini.

Selain itu, dia membuat pemeriksaan mengejut di setiap kelas turut merampas 50 pistol mainan berisi air minuman itu.

Sumber dari Fb Mohd Fadli Salleh

Malah, rakan Fadli juga telah melaporkan isu ini kepada Kementerian Kesihatan supaya mereka dapat lakukan siasatan terperinci.

Ibu bapa juga harus mengawasi gerak geri anak anda supaya dapat mengelakkan mereka daripada bahaya minuman pistol mainan seperti ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makan Ubi Rebus Di Sekolah?
Sambal Belacan Buat Sekolah Huru Hara

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pergh, Char Kuey Teow Dia Penuh Satu Kuali!