Anda mengalami masalah botak kepala? Kajian terbaru mendedahkan, bahan kimi yang digunakan untuk membuat kentang goreng McDonald’s boleh merawat masalah botak!

Kajian dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) menggunakan kaedah “mudah” untuk menumbuhkan semula rambut seekor tikus dengan menggunakan dimethylpolysiloxane.

Bahan kimia itu adalah sejenis silikon yang dicampur pada kentang goreng McDonald’s untuk mengelakkan minyak goreng daripada berbau.

Ujian awal menunjukkan kaedah itu mungkin akan berjaya apabila dipindahkan ke sel kulit manusia.

Penemuan itu muncul selepas saintis terbabit berjaya mengeluarkan ‘kuman folikel rambut’ (HFG) yang dihasilkan buat pertama kalinya melalui cara ini.

HFG adalah sel yang memacu perkembangan folikel dan dianggap sangat penting dalam penyelidikan tentang ‘kehilangan rambut’.

Sumber: Mstar