Umum mengetahui, Thailand merupakan negara pertama di rantau Asia menghalalkan penggunaan dadah untuk tujuan perubatan. Nampaknya, Malaysia juga bakal mengikut jejak langkah yang sama apabila bakal membenarkan penamaman ganja jenis hem.

Penamaman hem itu adalah bagi tujuan penyelidikan industri namun kebenaran itu tertakluk mengikut Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA: Thailand Bakal Anjurkan Festival Ganja Pertama Di Dunia Tahun Depan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang menunggu kertas cadangan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi meluluskan penanaman tanaman ini.

Dalam pada itu menurutnya lagi, meskipun kelulusan tersebut bakal membuatkan ramai teruja namun pihaknya tidak mahu menjadi penghalang serta bakal memudahkan cara khususnya bagi tujuan penyelidikan secara terkawal.

Namun, pihaknya akan berhati-hati dalam perkara tersebut kerana bimbang jika ianya disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, penanaman hem hanya untuk pengeluaran serat sahaja untuk kegunaan industri kosmetik dan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Di Shah Alam Ini Sentiasa Penuh, Apa Rahsianya! 😱