Kerajaan Sedia Kaji Semula Undang-Undang Terhadap Pemandu Mabuk
Sejak kebelakangan ini semakin banyak kes kemalangan melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Lebih menghayat hati angkara pemandu mabuk, kemalangan yang berlaku turut meragut nyawa orang lain.
Terbaru, seorang penunggang motosikal maut akibat dilanggar oleh pemandu pikap trak yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. Kejadian yang berlaku di Klang, Selangor itu turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
BACA: Perlis Dinobat Negeri Paling Selamat Di Jalan Raya
Menerusi Facebook rasmi miliknya, Loke berkata Kementerian Pengangkutan memandang serius kejadian kemalangan yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Katanya lagi, pihaknya akan mengkaji semula undang-undang berkaitan perkara itu.
Dalam pada itu, pihaknya menyerahkan siasatan terhadap kes di atas kepada pihak polis dan berharap pihak yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.
Terdahulu, mangsa yang merupakan salah seorang daripada penunggang motosikal dirempuh kenderaan jenis Ford Ranger dipandu seorang lelaki maut dalam kejadian di Jalan Kebun dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat KESAS.
Siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila Ford Ranger dipandu penjual ikan berusia 37 tahun itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan dua buah motosikal termasuk yang ditunggang mangsa.
Setakat ini, Seksyen 41 Akta 333 memperuntukkan mana-mana invidiudidapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih daripada RM20,000.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram