Seperti semua tahu, dunia kini berada dalam kebimbangan apabila susulan wabak Coronavirus menyerang secara tiba-tiba di Wuhan di timur China. Setakat ini sebanyak 17 kematian dilaporkan akibat wabah misteri tersebut.

Difahamkan, wabak misteri itu dikatakan berpunca daripada Pasar Hunan Seafood yang tertelak di bandar Wuhan yang sering menjual haiwan eksotik seperti ular tedung, tikus, serigala hidup dan koala untuk dijadikan makanan.

BACA: Singapura Sahkan Kes Pertama Coronavirus, Rakyat Wuhan Datang Bercuti

Namun lebih mengejutkan, menerusi harga untuk daging koala dijual pada harga 70 RMB (RM41). Menerusi akhbar China Morning Post, turut ditunjuk senarai harga haiwan luar lain yang dijual. Antarnya rubah hidup, buaya, salamanders gergasi, burung merak dan landak.

Perkara itu sangat mengejutkan netizen satu dunia termasuk rakyat Australia yang meluahkan rasa bengang apabila koala turut dimakan oleh rakyat negara China.

Kata seorang netizen, tak cukup dengan berita sedih banyak koala mati dalam kebakaran di Australia baru-baru ini, ditambah pula dengan kes ada yang memakan daging koala.