Kerajaan Tiada Rancangan Turunkan GST
Sedar tak sedar dah masuk dua tahun lebih negara kita memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) iaitu sejak 1 April 2015 lalu.
Walaupun sudah dua tahun kita membayar cukai GST, pihak kerajaan menyatakan mereka tiada rancangan untuk mengubah kadar GST iaitu sebanyak enam peratus.
BACA: PAS: Cukai GST Adalah Haram
Pihak kementerian kewangan menjelaskan dalam kenyataan balas kepada media semasa sidang Dewan Rakyat, kadar peratusan cukai tersebut dikekalkan setelah membuat kajian menyeluruh untuk menentukan kadar peratusan paling sesuai untuk Malaysia.
Jawapan itu diberi bagi menjawab soalan daripada anggota Parlimen, Khalid Abdul Samad (Pas Shah Alam) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengurangkan cukai GST atau tidak.
“Kerajaan sentiasa ingin memastikan sistem cukai di negara ini meliputi cukai-cukai langsung, termasuk kadar cukai korporat dan individu serta cukai tidak langsung,” katanya.
“Ia akan meningkatkan pembangunan ekonomi dan mengekalkan persaingan antara negara untuk jangka masa panjang,” tambahnya.
Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan seperti kesan perubahan kadar cukai terhadap ekonomi, indeks harga pengguna serta aliran masuk pelaburan dan pelabur asing.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kastam Batal GST Lebih 60 Makanan
Ini Satu Sebab Jamal Buka Restoran Makan Free
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Yang Best Di Sungai Petani?
- SUMBER
- MSTAR