Kerana Diejek Lelaki Nekad Ubah Muka Persis Anime
Pernah menerima kecaman dan kutukan orang kerana wajahnya yang berjerawat dan berkulit hitam, seorang jejaka berusia 21 tahun telah melakukan pembedahan plastik dan mengubah wajahnya seakan watak anime.
BACA: Ikan Bertukar Jantina Akibat Pil Perancang
Kutukan orang ramai itu telah mendorong Amirul Rizwan Musa yang berasal dari Ketereh, Kelantan mengambil keputusan untuk menjalani proses pembedahan plastik supaya wajahnya seperti artis KPop.
Amirul telah menjalani pembedahan plastik sebanyak dua kali bagi yang mana kali pertamanya dilakukan pada tahun 2014 sejurus tamat tingkatan lima.
Mesra dipanggil Miyyo Rizone, niat Amirul melakukan pembedahan plastik itu hanyalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan ekoran dikutuk oleh rakan-rakannya.
Menurutnya kepada Mstar, kos pembedahan sebanyak dua kali itu menelan belanja sebanyak RM150,000 dan dilakukan di luar negara.
“Apa yang diviralkan bahawa saya buat empat pembedahan di wajah adalah tidak benar. Saya hanya lakukan dua pembedahan sahaja. Walaupun proses untuk nampak cantik amat menyakitkan saya beranikan diri untuk terima risiko di kemudian hari,” katanya.
Menggunakan duit hasil titik peluh sendiri sebagai pengasas produk kecantikan, model dan jurusolek sambilan, kini Amirul berpuas dengan rupa wajahnya sekarang dan tidak berniat untuk melakukan pembedahan plastik lagi pada masa hadapan.
“Saya tahu tindakan ini sukar diterima masyarakat di negara kita tapi saya minta orang ramai supaya berhenti mengecam saya. Saya tak nak ambil pusing dah komen yang negatif. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, jadi berdiam diri itu lebih baik,” ujarnya lagi.
VIDEO: VITDAILY ORIGINALS: Dari Tukang Kasut Kini Jadi Lemang To’Ki
- SUMBER
- MSTAR ONLINE