Kerana Sos, McD USA Diserbu Teruk
Ramai tak tahu sebenarnya kartun bersiri Rick and Morty sangat popular di luar negara terutama Amerika Syarikat.
Awal tahun ini, musim ketiga rancangan kartun itu menunjukkan karakter kartun bernama Rick makan nugget ayam McDonald’s bersama sos Szechuan membuatkan peminat-peminat rancangan itu meminta pihak McD menjualnya kembali.
BACA: Ini Hasilnya Bila Guna Kotak Burger McD Dengan iPhone
Untuk pengetahuan anda, sos ini pernah dikeluarkan oleh rangkaian makanan segera popular itu semasa promosi kartun Disney iaitu Mulan dan ianya merupakan edisi terhad, menurut kartun berkenaan.
Pihak McD mendengar dan memenuhi permintaan peminat-peminat kartun Rick and Morty dengan menjual kembali sos Szechuan di cawangan terpilih selama sehari dan stok sangat terhad.
Tak sangka begitu ramai peminat kartun itu menyerbu McD semasa hari promosi hingga huru-hara akibat stok yang amat terhad iaitu sebanyak 100 paket setiap cawangan terpilih.
Berikutan ini, ramai yang tidak berpuas hati kerana tak dapat membeli sos tersebut hinggakan pekerja restoran tak mampu berbuat apa-apa kerana kehabisan stok.
Malah, ada yang mengamuk di kaunter bayaran semata-mata kerana mahukan sos. Tak dapat bayangkan kalau situasi macam ni jadi di Malaysia. Silap-silap ada yang bergaduh kalau ikut perasaan.
Disebabkan mendapat sambutan di luar jangkaan, pihak McD USA membuat kenyataan media akan menjual sos Szechuan kembali dalam masa terdekat.
Rancangan kartun Rick and Morty telah memberi promosi percuma kepada McD hingga mereka mengeluarkan sos popular itu kembali hanya kerana ia muncul dalam babak kartun tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bila Abang Drive-Thru McD Layan Nyanyi Sekali
7 Menu McD Yang Tiada Di Malaysia
Inilah Kisah Keluarga ‘Raja’ Burger Arab Saudi
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pintu Suka Hati Memang Wujud?
- SUMBER
- NERDIST