Agak pelik tapi itulah yang berlaku di Kuala Terengganu bila dua buah kampung di negeri itu ‘bermusuh’ kerana berebut tanah kubur hingga membina pagar untuk dijadikan sempadan di kawasan kubur berkenaan sedangkan mereka telah berkongsi tanah kubur sejak dulu lagi.

BACA: Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami

Permusuhan atau pergaduhan antara Kampung Laut dan Belukar Jambu tercetus bila penduduk Belukar Jambu dikatakan memasang pagar dalam kawasan kubur hingga menampakkan ingin bahagikan tanah kubur kepada dua bahagian.

Oleh itu, penduduk Kampung Laut mempersoalkan tindakan itu tetapi beberapa penduduk Belukar Jambu menjelaskan ia untuk mengelakkan daripada lembu masuk kawasan kubur dan membuang najis di sekitarnya.

Sumber dari jpnin.gov.my

Menurut laporan Sinar Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Laut, Che Mat Jusoh menerima aduan tersebut dan kes itu telah pun selesai.

“Saya tidak mahu campur dan menyerahkannya kepada pihak sepatutnya. Supaya tidak berlaku salah faham nanti. Malah saya difahamkan, perbincangan (panjang) telah diadakan pihak penghulu dengan pihak berkenaan,” jelasnya.

Sumber dari suratkabar.id

“Cuma keadaan itu menjadi semakin panas apabila ada pihak memuat naik isu berkenaan di Facebook Kampung Laut. Bagaimanapun, pagar itu telah dirobohkan dan kita anggap isu ini telah selesai,” sambungnya.

Biasalah jika perkara dihebahkan di laman sosial, pasti ia akan menjadi tular dan mengundang pelbagai spekulasi hingga membuatkan orang ramai salah faham.

Walau apapun, perkara ini telah selesai dan diharap kedua-dua penduduk kampung dapat berdamai seperti sebelum ini.

BERITA BERKAITAN:
Pengasas Satay Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia
5 Topik Pusat Tahfiz Terbakar Yang Hangat Diperkatakan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Rasa Sebenar Kerak Telur Di Jakarta | Day 03