Kereta Kabel Bukit Bendera Beroperasi Semula Esok
Sebelum ini kawasan Bukit Bendera, Pulau Pinang ditutup kerana tanah runtuh serta kerja-kerja pemulihan dan pembaikan akibat banjir pada bulan lepas, esok ia akan dibuka semula kepada orang ramai.
Menurut menteri, perkhidmatan kereta kabel itu akan dibuka seawal 6.30 pagi esok selepas kereta kabel dan dan kawasan landasan terjejas siap dibaiki.
BACA: Bukit Bendera Tutup Sebulan
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata pihaknya berusaha dengan bersungguh-sungguh selama dua bulan untuk memulihkan kawasan yang terjejas di Bukit Bendera akibat bencana alam.
Menurutnya, sebanyak 194 kejadian tanah runtuh yang berlaku di sana pada bulan lepas menyebabkan laluan ke kediaman tetapi juga laluan jip, jalan utama ke bukit itu.
Kerja pemulihan dan pembaikan di Bukit Bendera difokuskan kepada landasan kereta api kabel, kawasan di atas puncak dan laluan jip dari Kebun Bunga.
Terdahulu, sebanyak 36 lokasi tanah runtuh di kawasan tumpuan pelancong itu mengakibatkan gangguan kepada operasi kereta api.
ARTIKEL BERKAITAN:
Israel Beri Nama Stesen Kereta Api Donald Trump
Laluan Kereta Api London Ke Tokyo Akan Dibuka!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam
- SUMBER
- ASTRO AWANI