Sejak kebelakangan ini kita melihat golongan transgender seperti ‘mak nyah’ semakin berani menonjolkan diri di khalayak ramai dan media sosial.

Sudah banyak cara dilakukan bagi membawa mereka ke jalan betul tetapi agak sukar untuk melakukannya jika tiada arahan dari pihak atasan.

BACA: Nasi Lemak Pondan Masih Laku

Gambar sekadar hiasan

Di Terengganu, kerajaan negeri itu akan membuat kursus kesedaran kepada golongan itu selepas mereka mendapat jumlah sebenar golongan mak nyah di seluruh negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib, memberitahu perangkaan jumlah itu akan diperoleh melalui bancian secara menyeluruh pada Januari tahun depan.

“Kita akan bekerjasama dengan ketua komuniti, seperti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), agensi-agensi seperti polis, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan lain-lain lagi mengenal pasti golongan mereka ini tanpa mengira bangsa dan agama,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, kursus kesedaran itu akan mengambil masa selama tiga hari dua malam bertujuan untuk membantu mereka kembali kepada kehidupan yang sebenar.

Walaupun ia agak sukar, tetapi pihaknya akan membuat kajian mengenai kecenderungan mereka sama ada mereka meminati jahitan, gubahan, memasak atau hiasan.

“Jika mereka berminat, bantuan akan disalurkan MAIDAM jika mereka ini daripada golongan layak dan miskin. Jika yang tidak layak mendapat zakat, kita akan cuba salurkan bantuan dadipada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) untuk membantu mereka ini membina hidup baru,” katanya.

Mungkin dengan kursus ini, golongan seperti ini akan sedar dan berubah ke arah kebaikan sebelum terlambat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Israel Beri Nama Stesen Kereta Api Donald Trump
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Best Di Sungai Petani?