Belum pun reda kisah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyokong dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kini Trump diberi pengiktirafan oleh Israel dengan menamakan salah sebuah stesen kereta api laju bawah tanah dengan namanya apabila ia siap kelak.

BACA: Trump Sedia Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

Sumber dari mediaadil.com

Menteri Pengangkutan Israel, Yisrael Katz, berkata lokasi stesen nama Presiden AS itu bersebelahan kawasan Haram al-Sharif yang menempatkan Masjid al-Aqsa di kawasan Baitulmaqdis.

Sumber dari babab.net

Menurutnya, penghargaan itu dibuat setelah Trump mengiktiraf kota itu sebagai ibu negara Israel walaupun dibantah oleh semua pihak.

Sumber dari sarawakvoice.com

Stesen dan terowong kereta api laju bawah tanah itu akan siap dibuka kepada orang ramai dan bakal menghubungkan bandar Tel Aviv dengan Baitulmaqdis.

Walau bagaimanapun, rancangan pembinaan terowong kereta api bawah tanah itu masih dalam perancangan awal dan memerlukan kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan serta jabatan lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lukisan Cincai Donald Trump Dijual Hampir RM70,000!
Jawapan Rakyat Malaysia Memang Win Di Portal Berita Israel

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bayar RM8.50, Boleh Makan Apa Saja?