Berkaraoke bersama rakan-rakan atau ahli keluarga bukanlah perkara yang asing untuk kita semua kerana ada yang mahu menyanyi bagi menghilangkan stress dan meluangkan masa bersama yang tersayang.

Seorang wanita dikatakan koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia akibat menyanyi lagu nada tinggi semasa pergi berkaraoke bersama rakan-rakannya.

BACA: Punggung Monyet Jadi Punca Kemalangan

Model terkenal pameran kereta, Karen Stella Wong, 28 tahun, berasal dari Singapura dilaporkan meninggal dunia akibat sakit kepala selepas menyanyikan lagu nada tinggi di pusat karaoke di Neil Road pada 12 Disember lalu.

Rakan-rakannya segera membawanya ke hospital kerana dia mengadu sakit kepala dan setibanya di hospital, dia disahkan koma oleh doktor yang merawatnya. Tiga hari kemudian, Karen disahkan meninggal dunia.

Menurut bapanya, doktor memberitahu punca kematian anaknya adalah disebabkan oleh pendarahan di dalam otak.

Kepada anda yang suka menyanyi karaoke diharap berhati-hati ketika menyanyi lagu nada tinggi dan berhenti seketika jika berasa sakit secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN:
Beli BMW Guna Duit Syiling 5 Sen
Tampar Rakan Kerja Erat Silaturahim

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pengalaman Makan Bakso Tepi Kubur Cina