Jika dahulu hanya restoran makanan segera sahaja yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, sekarang semakin banyak pengusaha makanan menawarkan perkhidmatan yang sama dan kebaikannya semakin banyak tawaran pekerjaan buat anak-anak muda diluar sana.

Boleh dikatakan ramai anak muda bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari duit poket atau menambah pendapatan. Perkongsian oleh seorang pemuda ini menjadi perhatian dimana ada segelintir individu yang memandang hina dengan pekerjaan tersebut.

BACA: Jana Pendapatan RM800 Seminggu, Lelaki Istimewa Ini Jadi Inspirasi

Menerusi Twitter, pemuda tersebut menceritakan kisahnya di dalam lif dimana seorang ibu memberitahu anaknya bahawa pekerjaan sebagai penghantar makanan adalah untuk mereka yang tidak rajin belajar dan mereka yang baru keluar penjara.

Pemuda itu meluahkan rasa terkilan dan tidak bersetuju dengan kata-kata wanita itu yang memandang rendah dengan pekerjaannya itu. Menurut pemuda itu, dia kini berusia 17 tahun dan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma. Katanya lagi, dia bekerja separuh masa untuk menampung perbelanjaan hariannya.

Kata pemuda itu lagi, dia tidak mahu bergantung pada ibu bapa kerana mahu belajar berdikari dan keluarga pula mengalami masalah kewangan. Malah, ramai di antara mereka masih belajar dan ini hanyalah pekerjaan separuh masa. Ujarnya, mereka memilih pekerjaan tersebut kerana bayarannya yang lumayan dan waktu kerjanya fleksibel.

Katanya lagi, adakah ini pandangan masyarakat terhadap pekerja penghantar makanan? Ujarnya lagi, sekurang-kurangnya mereka berusaha menghantar pesanan makanan pelanggan walaupun dalam cuaca hujan.

Kecewa dengan sikap wanita tersebut yang menggangap mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan seperti sampah masyarakat, pemuda itu berkata orang-orang seperti inilah yang menjadi penyakit dalam masyarakat sekarang.

Perkongsian pemuda itu mendapat perhatian netizen yang turut bengang dengan kata-kata wanita tersebut kononnya mahu mengajar anaknya tetapi memberikan persepsi yang salah. Kata netizen lagi, pemuda itu sepatutnya bersuara dan membetulkan tanggapan wanita itu.

Sepatutnya sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada anak-anak dan menerapkan nilai murni. Apa yang penting, buatlah apa saja pekerjaan asalkan ianya halal.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?