Kita tak sedar bahawa setiap hari kita terdedah dengan risiko kemalangan akibat perbuatan tidak bertanggungjawab oleh orang lain.

Seorang pelajar terbunuh di kawasan perumahannya kerana kerusi pejabat terjatuh tepat mengenai kepalanya di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam pada 8.30 malam semalam.

BACA: Anak Mati, Organ Dalaman Hilang?

Sumber dari themalaysiantimes.com.my

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata ketika kejadian remaja lelaki, S Sathiwaran, 15 tahun, bersama ibunya S Kasthurivai, 45 tahun, sedang berjalan untuk naik ke rumahnya selepas pergi ke kedai runcit berhampiran.

Menurutnya, semasa menghampiri kawasan tangga, sebuah kerusi pejabat dikatakan dicampak dari tingkat atas jatuh melayang tepat mengenai kepala mangsa.

Sumber dari bharian.com.my

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya bernasib baik kerana tidak terkena kerusi itu,” katanya.

Kini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai dan siasatan sedang dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bos Tak Lulus Cuti Mati Ditikam Pekerja
Ibu Sedih Bakal Kehilangan Anak & Ayah Serentak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu