Ketum Celup Tepung Dijual Di Pulau Pinang
Jangan terkejut jika di Malaysia ada pihak menjual ketum celup tepung sama sebagai snek bagi meraih keuntungan. Melihatkan gambar tersbeut, ianya seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.
Kegiatan pihak tersebut dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang.
BACA: Ahli Parlimen Padang Besar Cadang Penanaman Ketum Bantu Ekonomi Penduduk
Pengarahnya, Mohammed Nazer Mustafa berkata, cara penghasilannya adalah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek.
Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bimbang jika kaedah itu akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.
“Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak,” katanya.
Malah, beliau turut menggesa kerajaan agar segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.
Untuk rekod, kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah. Kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 memperuntukkan denda maksimum RM10,000, atau penjara maksimum empat tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bunuh Ibu Sendiri, Suspek Di Bawah Pengaruh Bau Petrol?
Coca-Cola Kaji Untuk Hasilkan Minuman Perisa Ganja
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍
- SUMBER
- MalaysiaKini