Ketupat Palas Laku Habis, Raih RM5,000 Satu Malam
Setiap kali hari raya, sama ada Aidilfitri mahupaun Aidiladha, tak sah rasanya jika tidak menghidangkan ketupat duan palas sebagai juadah utama terutama sekali di negeri Kedah.
Peniaga Jamilah Ismail, 27 dan ibunya Rosniah Man, 52 dari Kuala Nerang, sanggup datang ke Alor Setar untuk menjual ketupat duan palas memandangkan banyak permintaan terhadap juadah tersebut. Lebih mengejutkan, dalam satu malam sahaja mereka mampu meraih pendapat sehingga RM5,000.
BACA: Mudahnya Buat Ketupat Guna Daun Pandan, Lembut & Wangi!
“Sejak semalam saya dan ibu datang ke sini. Alhamdulillah, kami dapat jual kira-kira 75 kilogram ketupat palas dengan pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 semalam.
“Ketupat palas ini ada yang kami rebus di sini dan ada yang dijual tanpa direbus ikut pilihan pembeli,” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.
Menurut Jamilah, antara ketupat palas yang mendapt permintaan tinggi ialah ketupat kosong , ketupat jagung, ketupat kacang dan ketupat pulut hitam yang dijual pada harga pada harga RM28 hingga RM34 sekilogram.
Mereka juga turut menyediakan rendang daging dan ayam serta serunding pada harga RM10 bagi setiap bekas. Katanya lagi, mereka juga menerima tempahan di luar musim perayaan dan dari peminat juadah tersebut yang tinggal di luar Malaysia.
“Sudah tujuh tahun kami menjual di sini dan untuk tahun ini kami mula mendapat tempahan daripada rakan-rakan ibu yang tinggal di Brunei. Setakat ini ketupat yang dihantar dapat sampai dengan selamat dan tak basi,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Sinar Harian