KFC China Perkenal Nuget Durian, Bila Giliran Malaysia?
Sebut saja durian, pasti tiada siapa dapat menolak keenakan raja buah yang terkenal dengan rasanya yang berlemak. Jadi tidak hairanlah jika banyak syarikat pengeluar makanan memperkenalkan menu berasaskan durian.
Tapi pernah tak anda terfikir jika nuget ayam digabungkan dengan durian? Buat pertama kali rangkaian makanan segera KFC di China memperkenalkan ‘Durian Chicken Nuggets’.
BACA: Bagi Alasan Nak Makan Durian Ponteng Solat Jumaat
Meskipun pada awalnya, rata-rata netizen dari China agak skeptikal dengan menu baru tersebut, namun selepas mencubanya ternyata mereka sukakan rasanya dan mengakui kombinasi tersebut sangat sedap.
KFC in China has durian-filled nugget. Yes, durian! They love it.
It tastes horrible….and I just finished chewing my third piece. pic.twitter.com/D0RKaKtF6l— ꦥꦿꦲꦱ꧀ꦠ (@ignprahasta) September 4, 2019
Melihatkan gambar yang dikongsikan oleh netizen, isinya dipenuhi dengan durian. Harga ditawarkan adalah 11.50 yuan (RM 6.76) untuk empat ketul nuget ayam.
Seperti biasa, menu terbaru KFC di China itu mendapat perhatian netizen di Malaysia yang bertanyakan bila giliran Malaysia untuk memperkenalkan menu tersebut.
KFC China ade Nugget Durian wei…. KFC Malaysia biler nk buat? pic.twitter.com/wIlPup7WbO
— Maxie (@maxzchua) September 3, 2019
Nampak macam sedap je. Agak-agak ramai tak nak cuba menu nuget durian ini jika diperkenalkan di Malaysia?
ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi
- SUMBER
- The Vocket