Umum mengetahui Januari lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan mengumumkan berita gembira buat golongan bujang berpendapatan rendah di mana mereka bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim ‘micro-housing’.

Nampaknya, permohonan mendiami Perumahan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk golongan bujang B40 yang bekerja di sekitar ibu kota sudah pun dibuka untuk pendaftaran.

BACA: Permohonan Bilik Sewa RM100 Untuk Bujang Dibuka Ogos Ini

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2019 – Pendaftaran untuk permohonan Perumahan Bandar ( Micro Housing) DBKL. Permohonan mula…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Jumaat, 23 Ogos 2019

Difahamkan, sebanyak 323 permohonan akan dibuka dan akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu sebanyak 188 pada fasa pertama iaitu pada tahun ini manakala 135 bagi fasa kedua pada tahun 2020.

Harga sewa RM100 sebulan itu turut termasuk penggunaan elektrik dan air. Malah turut disediakan pelbagai kemudahan termasuk katil dan almari.

Tapi sebelum membuat pendaftaran, pastikan anda menepati syarat-syarat kelayakan ini terlebih dahulu.

Antara syarat-syarat kelayakan pemohon:

1. Seorang warganegara Malaysia

2. Berusia 18 hingga 35 tahun

3. Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan

3. Bekerja di ibu kota, Kuala Lumpur

4. Tidak memiliki rumah dan kereta, (jika didapati membeli rumah, mereka akan diminta berpindah).

Antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar tersebut adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥