Baru-baru ini tular satu video memaparkan dua saiz cawan Starbucks yang sebenarnya mempunyai jumlah air yang sama walaupun kedua-dua saiz cawan itu nampak berbeza.

Seperti semua tahu, saiz Venti lebih besar daripada Grande, namun apa yang menjadi persoalan adalah kedua-dua cawan tersebut mampu mengisi jumlah air yang sama.

BACA: Starbucks Released Car Air Fresheners In Malaysia!

Susulan penularan video tersebut, ramai yang mempersoalkan adakah selama ini pembeli tertipu atau ianya hanya taktik pemasaran supaya pelanggan untuk membeli saiz cawan yang lebih besar.

Marketing efectivo: Venti vs Grande @ Starbucks

Posted by Mercadotecnia Total on Ahad, 11 Ogos 2019

Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati seolah selama ini mereka tertipu dan selepas ini mereka tidak akan bazirkan wang untuk membeli saiz lebih besar.

Bagaimanapun, seorang bekas pekerja Starbucks mendakwa perbezaan antara kedua saiz cawan tersebut ditentukan oleh bilangan tembakan, susu, sirap, dan ais.

Malah, seorang netizen mendakwa Grande hanya mempunyai satu pukulan espresso, manakala Venti biasanya mempunyai tiga pukulan.

Dalam pada itu, ramai yang mendakwa mereka melihat cawan saiz Venti dipicit sedikit supaya jumlah air di dalamnya sama seperti Grande.

Kalau di Malaysia untuk tukar saiz daripada Grande ke Venti perlu tambah RM1. Apa pendapat anda mengenai video ini?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni