KFC sememangnya terkenal dengan hidangan ayam goreng lazat sejak dulu lagi. Pernahkah anda terfikir jika anda mandi dengan sabun mandi atau bath bomb berbau ayam goreng KFC?

Mesti rasa nak makan bila mandi. Yela, bau ayam goreng pula tu siapa yang tak terliur kan.

BACA: KFC Perkenalkan Sambal Rice Bowl

Baru-baru ini pihak KFC Jepun bekerjasama dengan Village Vanguard bagi menghasilkan satu produk yang luar biasa iaitu garam mandian atau sabun mandi berbentuk peha ayam yang akan mengeluarkan bau seperti ayam goreng di restoran makanan segera.

Restoran rangkaian makanan segera itu amat popular di Jepun, jadi mereka yakin garam mandian ayam goreng itu akan popular selepas ia dilancarkan.

Dengan bentuk dan warnanya saling tak tumpah seperti peha ayam, peminat barangan unik dan pelik pasti menggemarinya.

Sejurus selepas garam mandian berbentuk ayam goreng itu terkena air, ia akan larut di dalam air seterusnya air akan bertukar warna jingga atau oren. Dah macam warna minyak masak pula!

Walau bagaimanapun, khabarnya sabun mandi tersebut mempunyai stok terhad iaitu hanya untuk 100 orang sahaja. Mereka harus memenangi pertandingan dianjurkan oleh KFC Jepun.

Mungkin pihak KFC boleh tambah pengeluaran sabun mandian ayam goreng itu dan memasarkannya di seluruh dunia jika ia mendapat sambutan. Jangan pula anda makan sabun tersebut jika lapar.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rahsia Resit KFC Yang Sekarang Baru Orang Perasan
Selain Ayam, KFC China Turut Jual Smartphone
KFC ’Terbangkan” Burger Di Angkasa?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni