Baru-baru ini, KFC Singapura mengumumkan bahawa pihaknya tidak lagi menyediakan penutup dan penyedut minuman plastik di kesemua 84 cawangan bermula 20 Jun.

Ia adalah usaha untuk mengurangkan pengunaan plastik dan merupakan sebahagian daripada kempen ‘No Straws Inisiatif’ yang dilaksanakan untuk mengurangkan 17.8 tan metrik plastik dalam setahun.

BACA: KFC Perkenal Mandian Bau Ayam Goreng

Namun, ianya hanya untuk di dalam restoran sahaja. Jika pelanggan mahu membawa pulang, mereka tetap diberikan penutup minuman plastik.

Percubaan pertama KFC Singapura untuk menjadi lebih mesra alam bermula pada Disember 2016, apabila pihaknya menghentikan penggunaan bekas kertas makanan dalam restoran dan sebaliknya menyajikan makanan dalam bekas yang boleh diguna semula.

Pada awal 2017, KFC menggantikan bungkusan gabus dalam hidangan sarapan pagi dan buburnya dengan bungkusan kertas kitar semula. Usaha tersebut mengurangkan penggunaan bekas kertas sebanyak 2.5 juta set dalam masa enam bulan.

Agak-agak bila giliran KFC Malaysia pula untuk mengikut jejak langkah KFC Singapura? Rasanya dah tiba masa untuk kita buat sesuatu untuk menjaga alam sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rahsia Resit KFC Yang Sekarang Baru Orang Perasan
Selain Ayam, KFC China Turut Jual Smartphone
KFC ’Terbangkan” Burger Di Angkasa?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni