Belum pun reda kisah seorang pelajar universiti tempatan dirogol dan disamun di sebuah perhentian bas Seksyen 7, Shah Alam, kini muncul pula cerita terbaru mengenai dua orang pelajar diperhati oleh dua orang lelaki tak dikenali dalam sebuah restoran makanan segera di Seksyen 7, Shah Alam.

BACA: “Saya Nak Tarik Cikgu Masuk Syurga Sekali”

Peristiwa itu diceritakan oleh rakan mangsa, @ankfli_ atau dikenali sebagai Aina di laman sosial Twitter.

Menurut Aina, dua lelaki tersebut disyaki warga asing dikatakan memerhati rakan-rakannya yang sedang makan di restoran KFC berhampiran sebuah universiti tempatan.

Dalam posting yang dibuat, dia meminta gadis-gadis di luar sana terutama di kawasan berhampiran supaya berhati-hati jika terserempak dua lelaki itu.

Pada mulanya, dia menceritakan kisah ringkas mengenai dua rakannya yang mengalami situasi tersebut yang dikatakan dalam ketakutan kerana dua lelaki itu berani memerhati mereka dari jarak dekat dan dalam restoran di siang hari.

Selepas itu, rakan-rakan Aina terselamat kerana rakan sekelas lelaki datang ke sana untuk menyelamatkan mereka.

Mereka berada dalam ketakutan lebih kurang dua jam sebelum rakan lelaki mereka datang dan dua lelaki yang memerhatikan mereka tadi keluar dari restoran serta masuk ke dalam sebuah kereta yang dipenuhi lelaki.

Tak dapat bayangkan jika dua gadis tadi keluar tanpa menyedari situasi mereka yang terdedah kepada bahaya. Aina turut memesan kalau boleh keluar beramai-ramai dan ajak rakan lelaki jika ada.

Berikutan itu, ramai warga laman sosial meminta Aina dan rakan-rakannya supaya lebih berhati-hati dan menasihati rakan mereka yang belajar di sekitar kawasan tersebut.

Di samping itu, seorang warga laman sosial itu berkongsi satu lagi kisah mengenai rakan kelas yang mengalami situasi yang sama di sebuah pasaraya Giant Seksyen 7, Shah Alam.

Mereka siap menakut-nakutkan rakan kelasnya hingga dia tak berani untuk keluar dari pasaraya itu.

Diharap golongan wanita di luar sana lebih berhati-hati dan membawa pepper spray jika keluar dan peka dengan situasi tak kira di mana saja anda berada.

ARTIKEL BERKAITAN:
Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion
Ini Cara Sebenar Nak Tuang Sos Cili

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?