Seorang remaja lelaki menghidap autisme ingin berjumpa Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin kerana ingin memberi beliau kuih kapit yang dibuatnya sendiri.

BACA: Status Facebook Dikecam Teruk, Kuih Semperit Jadi Pengubat Duka

Sumber dari says.com

Muhd Farid Fakhruddin Md Fauzan, 19 tahun, berharap dapat berjumpa dengan menteri itu atau lebih dikenali sebagai KJ suatu hari nanti.

“Dah lama saya teringin sangat nak jumpa dengan YB KJ. Kalau dapat jumpa, saya nak beri kuih kapit sebab saya pandai buat kuih kapit,” jelasnya.

Sumber dari Syed Azmi

Untuk pengetahuan anda, Farid merupakan seorang pelajar semester dua Sijil Asas Kulinari di Kolej Komuniti Selayang belajar membuat kuih kapit sendiri walaupun menghidap autisme.

Malah, dia yang juga sedang menjalani latihan amali di Putrajaya berkata, dia mahu menghadiahkan dua balang kuih kapit yang diusahakan olehnya kepada YB KJ.

“Saya selalu dengar dia (KJ) di radio dan saya teringin nak jumpa dia sebab dia jaga belia. Saya belia juga walaupun saya ada autisme. Saya cuba berniaga sendiri dan kat sini saya duduk sendiri dan jaga diri sendiri. Duduk satu bilik dengan pelajar pekak.” ujarnya kepada Syed Azmi.

Kisah Farid yang ingin memberi kuih kapit kepada YB KJ menjadi tular sehingga ia mendapat perhatian YB KJ di laman sosial Twitter.

Seorang pengguna laman sosial Twitter, @farhanirafed, berkongsi beberapa keping gambar dan screenshot mengenai impian Farid yang ingin menemui YB KJ.

Sumber dari twitter @farhanirafed

Tweet berkenaan mendapat perhatian YB KJ dan dia turut bersetuju untuk berjumpa Farid selepas membaca kisah tersebut.

“YB KJ, tunggu saya bawa kuih kapit!” katanya dengan penuh bersemangat kepada pihak mStar. Ibu kepada Muhd Farid turut melahirkan rasa bersyukur kerana YB KJ sudi untuk memenuhi permintaan anaknya sambil menyatakan autisme tidak menghalang untuk anak-anak ini berjaya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kek Batik & Agar-Agar Horlicks