Kisah Makan Mi Segera Campur Nasi Yang Menyentuh Hati
Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga senang yang cukup makan minum. Ada yang semenjak dari kecil melalui hidup susah dan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, walaupun hidup dalam serba kekurangan, setiap ibu bapa pasti akan cuba sedaya mencari sesuap nasi untuk anak-anak.
Baru-baru ini, seorang pengguna memuat naik status apabila dia ditegur oleh isterinya yang pelik melihatnya makan mi segera yang dicampur dengan nasi. Lelaki itu menceritakan tentang makanan yang pernah dimakan oleh dia sekeluarga ketika hidup susah suatu ketika dahulu.
BACA: Memang Tak Akan Jadi Bodoh, Tapi Ini Bahaya Makan Mi Segera
Lelaki itu memberitahu, disebabkan kehidupannya yang susah mereka sekeluarga makan nasi bersama mi segera untuk kenyangkan perut. Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan isterinya melihat menu ‘pelik’ tersebut kerana mungkin nasib isterinya lebih baik darinya ketika waktu kecil.
Status tersebut menarik perhatian netizen yang kagum dengan lelaki ini yang masih ingat akan kesusahannya. Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat kisah lelaki itu bukanlah perkara yang menyedihkan dalam hidup kerana ramai yang gemar makan mi segera.
Ada juga netizen berkongsian kisah hidup mereka yang pernah hidup susah semasa kecil dan memahami mengapa mi segera tersebut perlu dicampur dengan nasi. Selain dapat berjimat, ianya membuatkan mereka lebih kenyang.
Kalau ikutkan, masing-masing mempunyai pengalaman hidup berbeza. Mungkin ada yang hidup jauh lebih susah dari kita. Apa yang penting, bersyukur dengan nikmat rezeki yang dikurniakan serta berusaha untuk menjadikan kehidupan ke arah lebih baik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- CariForum