Baru-baru ini, tular di media sosial foto seorang jururawat membantu seorang mangsa kemalangan. Sikap tanggungjawab jururawat tersebut sememangnya harus diberi pujian kerana sanggup mengenepikan soal penat demi membantu mangsa kemalangan walaupun pada ketika itu beliau dalam perjalanan pulang selepas tamat waktu bekerja.

Dalam kejadian Ahad lalu berhadapan danga bay, Nur Syuhada dari bahagian Neurosurgery, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, segera memberhentikan keretanya dan menghalang kereta lain sebelum membawa mangsa ke tepi jalan. Malah dia turut dilihat menenangkan mangsa kemalangan tersebut.

BACA: Penumpang Dedah Keadaan Pesawat JT-610 Sehari Sebelum Tragedi

Memetik laporan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor, jika jururawat tersebut tidak menghadang lalu lintas, mungkin terjadi perkara lebih teruk pada mangsa ketika itu.

Tindakan murni Nur Syuhada itu juga turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tahniah saya ucapkan kepada jururawat Nur Syuhada dari Hospital Sultanah Aminah kerana menunjukkan teladan yang baik.

“Inilah contoh wirawati yang berhati mulia, sentiasa berbakti walaupun di luar waktu kerja mereka,” ujar Tunku Ismail menerusi Facebook rasmi miliknya.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Nur Syuhada. Tidak semua orang mempunyai sikap tanggungjawab untuk melakukan tindakan mulia seperti itu. Diharap ianya menjadi inspirasi  kepada insan lain untuk melakukan kebaikan tidak kira di mana pun berada.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Tak Berhenti Kentut, Pesawat Mendarat Cemas
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥