Dengan kos sara hidup semakin meningkat, bukan mudah untuk mencari rezeki lebih-lebih lagi buat mereka yang ‘istimewa’.

Kita sering melihat mereka yang tidak sempurna anggota badan meminta sedekah dan jarang melihat golongan ini bekerja.

BACA: OKU Pun Boleh Berjaya, Jual Kebab Raih RM8,000 Sehari

Namun berbeza dengan penghantar makanan OKU ini yang gigih mencari rezeki meskipun ‘berkaki satu. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan tentang penghantar makanannya seorang OKU.

Menanti makanan dengan penuh kesabaran, melihat keadaan penghantar makanan tersebut membuatkan netizen itu sebak. Malah, penghantar makanan itu juga turut meminta maaf di atas kelewatannya berikutan masalah lif.

Nak buat story sikit 😢Macam biasalah time weekend je, malas nak turun bawah cari makan, duduk Flat ni tingkat dia bukan kaleng2 14 tau 😅Terdetik dihati, ketik ketik terus sampai, apa tu? Tak foodpanda, grab food tu je lah, sebab musim sekarang ni jarang makan nasi 😆, so tergerak hati nak Order mcd, mcd area danau kota ade je, tp close order awl sgt, so terpaksa order mcd jauh sikit mcd bhp melawati, lebih kurang 45 minit mcm tu 🤭Mcd tu order biase2 je ala carte, sebab nak makan dan malas nak turun kat bawah, so kena tunggu je lah 😊Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai lah Abe foodpanda kat bawah tu tunggu lif, sebelum tu dia call dulu, nak confirmation kan, kan tersilap Block menangis tak berlagu 😢 sebab sy punya rumah Block E 😥Lepas tu, Abe foodpanda call kali ke 2..F : Bang, bang duk tingkat berapa? Sebab sekarang ni saya duk tingkat 13. 😥Aku : kito duk tikak (tingkat) 14 boh! Boh cari nomor rumoh 12 deh lik kiri hujung sekali 😆 (bahasa Kelantan)F: laa ye ke? Jadi saya kena naik tangga lg satu la ni, xpe2 tunggu jap bang 😭Aku: ehh xpe je..Nak dijadikan cerita, sampai la Abe foodpanda tu depan pintu rumah aku, aku terkejut kot, dgn serba kedaifan nya, kekurangan anggota semata mata nak hantar punya makanan just 2 ketul ayam kot 😭F: sorry bang lambat sikit, masalah lif kat bawah tadi🙏😰Aku : ehh xpo bey, biaso lah tu 😅F: Abang td order mcd kan, semua rm11. 89Aku: jap eaAku pergi amik duit, dan terdetik rasa sebak, pilu, terharu sedih tgk Abe tu, just aku bagi lebih kat dia 🤗 (bukan riak tau, sebab rasa simpati dan niat nak bersedekah) F : Bang lebih byk niAku : xpe bang, rezeki abang tu, tq tauF: sama sama😉So dalam story ni,MASIH RAMAI MANUSIA YANG SUSAH DALAM MENCARI REZEKI DEMI SESUAP NASI UNTUK ANAK DAN ISTERI.ORANG YANG SERBA KEKURANGAN DAN KEDAIFAN SEMANGAT NAK KERJA MENCARI REZEKI, KITA NI MASIH KUAT DAN GAH PUN MALAS NAK KERJA DAN MASIH MEMILIH!TAK MALU KAH KITA?sedih tau, jarang jumpa depan2 org macam tu, ni first time tau, sebelum ni tgk d TV xpun media sosial, ni video ni sy rakam sendri tau, sebak tak korang?Semoga Abe foodpanda dan rider2 yg lain dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera selalu 🤗🤗🤗🤗🤗🤗

Posted by Baliami Conmigo on Ahad, 14 Julai 2019

Netizen itu turut menitipkan pesanan masih ramai lagi mereka di luar sana yang susah dan serba kekurangan tetapi masih berusaha mencari rezeki. Tetapi orang yang masih kuat dan sempurna malas bekerja dan masih memilih pekerjaan.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang kagum dengan kegigihan penghantar makanan itu. Malah, ada yang menitiskan air mata melihat semangat penghantar makanan tersebut.

Rata-rata netizen turut mendoakan agar penghantar makanan itu diberikan kesihatan baik untuk terus bekerja menampung dirinya dan dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki.

Kata netizen lagi, lelaki ini patut dijadikan inspirasi kerana ramai mereka yang sempurna diluar sana yang hanya tahu merugut daripada berusaha.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?