Umum mengetahui kabinet sebulat suara meluluskan perkhidmatan Gojek-Degoride di Malaysia. Bagaimanapun, perlaksanaan perkhidmatan tersebut tidak dipersetujui oleh Pengasas Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin Ismail.

Shamsubahrin berkata, Gojek-Degoride tidak boleh dilaksanakan di Malaysia atas sebab-sebab budaya. Katanya di Indonesia perkhidmatan Gojek diperlukan atas sebab kemiskinan yang tinggi.

BACA: Kabinet Sebulat Suara Luluskan Gojek-Degoride

“Kita nak ke orang perempuan kita, seru Gojek, peluk penunggang dari belakang?. Gojek di Indonesia boleh sebab kemiskinan tinggi,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Katanya lagi, dia mahu kerajaan selesaikan masalah e-panggilan dan pemandu teksi terlebih dulu, dan memberi amaran akan menganjurkan tunjuk perasaan jika kelulusan diberikan.

Perkhidmatan Gojek-Degoride bukan suatu kemajuan

Ujar Shamsubahrin lagi, perkhidmatan tersebut adalah untuk membantu pengguna motosikal membuat perniagaan kecil dan ia bukanlah suatu kemajuan.

“Dia seru anak muda jadi ‘despatch’, tak nak maju ke depan. Banyak menteri maju ke depan seperti kereta nasional, kereta terbang tapi Syed Saddiq tak.

“Bawa Gojek sebagai kerjaya tak dapat jamin masa depan. Anak muda tak nak tapi mereka terpaksa sebab tak ada kerja,” katanya

Dalam pada itu, katanya lagi, pemandu teksi, pemandu e-panggilan dan pemandu bas akan terjejas jika kerajaan meluluskan perkhidmatan motosikal itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Ni Cara Pilih Buah Yang Manis?