Boleh dikatakan minuman bubble tea kini menjadi kegilaan ramai. Lebih mengejutkan ianya mencetuskan fenomena di Malaysia sehingga ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.

Perkara itu turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan melakukan pemantauan berikutan lambakan produk bubble tea di pasaran sejak kebelakangan ini.

BACA: Peminat Bubble Tea Ada Masalah Keyakinan Diri – Pakar

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan mekanisme untuk menghentikan kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman bubble tea.

“Bubble tea merupakan minuman yang popular buat masa ini, tetapi saya berharap rakyat Malaysia akan membuat keputusan yang lebih bijak apabila berkaitan pengambilan minuman yang tinggi gula, seperti bubble tea.

“Cukai gula yang diperkenalkan juga mungkin boleh dilihat sebagai salah satu cara untuk mengawal fenomena ini kerana secara tidak langsung ia menjadikan bubble tea inaccessible kerana harganya akan menjadi lebih mahal.

“Di pihak penjual pula, mungkin cukai gula itu akan menjadikan mereka lebih kreatif untuk menghasilkan produk makanan yang lebih sihat,” katanya.

Tambah Dr. Dzulkefly, tiada cara yang lebih efektif dalam mengawal fenomena bubble tea melainkan kesedaran sendiri berhubung kesan negatif pengambilan minuman tersebut secara berlebihan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥