Baru-baru ini, viral mengenai sebuah kedai makan dipercayai di Pulau Pinang yang menyediakan minuman dalam tin susu. Ia menjadi perbualan hangat netizen yang berpendapat hidangan tersebut boleh mendatangkan bahaya memandangkan bahagian penutupnya yang tajam serta keadaan tin yang mudah karat yang boleh membawa mudarat.

Susulan isu minuman ‘hipster’ itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta peniaga makanan menghentikan penggunaan bekas tin susu yang dikitar semula dalam penyediaan minuman.

BACA: Minum Dalam Tin Susu, Netizen Tak Hirau Kesihatan?

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyediaan minuman di dalam tin kitar semula itu boleh mendatangkan risiko kepada pengguna dan peniaga hendaklah menggunakan bekas minuman yang bersesuaian dengan jenis minuman yang dihidangkan.

“Penggunaan tin bekas susu dan tin-tin lain yang dikitar semula bagi tujuan penyediaan minuman boleh memberikan risiko kepada pengguna.

“Kebersihan tin kitar semula adalah diragui kerana sukar dibersihkan dengan sempurna disebabkan rekabentuk tin tersebut dan kemungkinan terdapat permukaan tin yang kemek.

“Di samping itu, ia boleh mencederakan pengguna semasa minum disebabkan permukaan tin yang tajam,” katanya.

Ujarnya lagi, berdasarkan peraturan 27 dalam peraturan-peraturan makanan 1985, penggunaan apa-apa bungkusan yang boleh mengeluarkan bahan beracun, merosakkan, mencacatkan atau yang membantu dalam pemerosotan kualiti makanan.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥