KKM: ‘Udang Galah Viral’ Selamat Untuk Dimakan
Sebelum ini tular mengenai udang galah viral yang dibawa masuk dari Thailand didakwa tidak selamat untuk dimakan dan memudaratkan kesihatan mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Pada Ogos lalu, viral di media sosial mengenai udang galah tersebut didakwa boleh menyebabkan individu yang memakannya mengalami gatal-gatal, badan bengkak, hidung bengkak, mata berair, cirit-birit dan mutah.
BACA: Udang Galah RM1 Nampak Segar Guna Bahan Awet Mayat?
Terbaru, hasil analisis terhadap udang galah murah yang tular sebelum ini mendapati kesemuanya mematuhi Akta Makanan 1983 serta Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan selamat untuk dimakan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, analisis dan pemantauan udang galah berkenaan dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di pasaran tempatan.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk berkenaan dan produk makanan lain di pasaran termasuk di pintu masuk negara bagi memastikan ia mematuhi perundangan makanan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tahun 2017, Harga Ikan Semakin Gila!
Ikan Bilis Sajat & Fazura Laku Teruk!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱
- SUMBER
- Harian Metro