Boleh dikatakan trend penggunaan Rokok Elektronik Bernikotin kini semakin berleluasa, lebih parah ianya melibatkan pelajar sekolah. Lebih mengejutkan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan 300,000 pelajar sekolah terlibat dalam penggunaan vape.

Susulan itu, KKM kini sedang meneliti beberapa pilihan untuk membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.

BACA: Jual Cecair Rokok Elektronik Bernikotin Bakal Dikenakan Denda, Penjara

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata, sebelum sebarang keputusan dibuat pihaknya masih memerlukan lebih banyak data maklumat berhubung perkara itu.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia bakal menguatkuasakan peraturan baru bagi larangan merokok kepada semua remaja di bawah usia 18 tahun.

Dalam peraturan baharu mana-mana pihak didapati menjual sebarang persediaan yang mengandungi nikotin termasuk cecair rokok elektronik bernikotin boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Buah Oren Baik Untuk Badan
Manggis Buah Kegemaran Ratu Victoria England?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱