Jangan terkejut dengan kondom menu hidangan Malaysia ini. Kalau ikutkan ini bukanlah kali pertama kondom berperisa makanan ini diperkenalkan di Malaysia.

Sebelum ini, kondom perisa Nasi Lemak telah pun dipasarkan pada Oktober 2017 oleh syarikat pengeluar kondom, Karex Berhad.

BACA: Burger King Singapura Perkenal Burger Perisa Rendang & Laksa!

Nampaknya kali ini syarikat tersebut memperkenalkan satu lagi kondom dibawah jenama One Condom iaitu perisa Rendang.

Untuk pengetahuan anda, kondom perisa Rendang ini diinspirasikan daripada kontroversi ‘rendang crispy’ dalam satu pertandingan rancangan memasak di UK.

Menggunakan tag line ‘Super Sensitive’ kondom ini juga menggunakan bahan seakan-akan dalam masakan rendang seperti kepala parut, serai, kunyit, daun lumau dan lengkuas.

Harga yang ditawarkan hanya RM5.85. Kalau anda dah bosan dengan kondom biasa dan mahu cuba lain daripada yang lain. boleh didapatkan kondom Rendang ini secara atas talian atau di farmasi berdekatan anda.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)